Monday, May 21, 2012

Kundasang: Canopy @ Poring Hotspring

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hihihi ari ni nak sambung citer pasal kitorang kat Kundasang tu. Hiks!..memang berkurun gila nak sambung selepas cerita Kundasang Day 1 tu. Ayarkkk! kan saya bizi tak sudah-sudah. So, skang nak citer pasal 2nd day..kat Poring Hotspring.

Bukan nak citer pasal mandi air panas kat sana... tu dah memang kompem la kan mandi. Hihihih tapi saya tak..malas..leceh la kalau pompuan mandi..nak tukar tu nak tukar ni...nak tanggal mekap..nak pakai mekap...so, encik somi aje la yang mandi.

Pas selesai encik somi berenang-berenang dalam kolah mandi yang tak berapa nak besar tu, kitorang pun pegi la nak naik Kanopi. Hihihihi saya SANGAT excited ohkey...sebab....hihih sepanjang hidup dah 3o taun ni..tak penah naik. Mau tak excited.


Tiket masuk kitorang dah beli siap-siap kat kaunter. Nak naik ni kena bayar RM3 seorang. Pastu kalau bawak kamera kena pulak RM5. Aiyarkk! fee camera lagi mahal dari orangnye. Hheheh..


Okeh memula masuk saya memang excited habis. Hahahha! sekali bila dah start mendaki......mendaki....pastu tak sampai-sampai jugak ke jambatannya...saya dah start merungut pok pek pok pek...asik cakap ' bila nak sampai ni...' 'bila nak sampai ni...' uwaaaa! lutut ni macam dah nak tercabut sebab asik mendaki dan terus mendaki.


 Encik somi adalah sangat gagah perkasa mendaki.. laju je meninggalkan daku..maintain bertenaga sampai ke atas..

 hihihihi bibir sudah pucat2..sebab penat..peluh jantan sudah keluar. Hahah

 Laluan untuk sampai ke jambatan. Berbatu-batu..sampai terkeluar besi dari tapak kasut saya. Hohoho!

 Aiyarkk!!! penat..

Muka yang memula senyum makin kendur.. huhuhuu muka masam dah..peluh dah menjejeh-jejeh dah keluar. Pergh!!!! kalau saya tahu kena mendaki sebegini tinggi memang saya tak akan pegi la. Ingat daki sikit2 je. Sib baik tak pakai heels. Kalau tak? manangis kau dik..menangisss.

 Bila nak sampai niiiiihhh!

Ye...akhirnya saya menangis sebab penat gile. Hahahahha! saya mendaki sambil menangis sambil pot pet pot pet...bila langsung dah tak bleh nak mendaki..encek suami pegang tangan tarik gak supaya daki lagi. Huhuhuhuhuhu! ikut ati memang nak turun je balik. Tapi oleh kerana dah half way..maka daki aje lah dengan air mata bercucuran. Hihihihi lawak betul.

Jumpa je pondok terus duduk rehat. Gila, sampai peluh dingin yang keluar. Camne la tak pancit..tak pernah bersenam ke jogging ke tetiba nak mendaki. Adoiiii aku insan yang lemah. Masa ngah duduk  rehat tu, tak jauh dah lagi ngan jambatan. Dah dapat dengar orang jerit-jerit. Over tau! berhabis pulak tu dorang menjerit. Ni mesti kes jambatan kena goyang ni.

 Yeah!...inilah laluan kanopi tuh

Akhirnya dapat gak naik. Yahoo!!!!!!!! saya paling suka bila dah naik kat kanopi tu. Syok gile! Hihihihihi ni baru best. Hurm, skang saya dah tahu..saya bukan seorang yang gayat. Sebab saya seronok gila kat atas tu. Encik asben kantoi seorang yang gayat. Hihihihih senyap jek lalu jambatan. Saya suh posing pn tak mau. Hahahah! 

 Best kot!


Owh ye naik kanopi ni tak leh lebih dari 6 orang sekali jalan. So kena tunggu turn la. EEEeee..seingat saya macam ada 6 jambatan yang kene lalu...dan saya tak puassss. Bila dah sampai ke pokok yang terakhir rasa macam nak lalu sekali lagi. Tapi memang tak boleh la. :)

Okehla..akhirnya dah naik kanopi. Masa turun tu cepat jek. Pas dari kanopi tu kitorang pun menuju ke Kundasang semula. Nak ke Dairy Farm...yang sangat di kenali sebagai New Zealand Malaysia tuh. hihihi...next entry la ye.



Cheers,
Amysue

Saturday, May 12, 2012

Terima kasih encik suami :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Huuuuuuu saya sangat letih woh. Macam bekerja keras sangat straight seminggu nih. Huhuhu..apa taknya masa 8hrs bekerja like saya langsung takde masa untuk berjalan-jalan di alam maya (hihihihi selalu kejap wat keje..kejap visit FB..kejap baca belog org..)..pas abis 8hrs bekerja sambung lagi stay kat opis barang sejam dua. Balik umah, online jap pastu kroih-kroih dgn penuh perasaan...bangun pagi dok ulang benda yang sama.

Aiyaaaarrrk!..lately saya mula rasa macam takde life sangsung. Hahahah! tak tau la celah mana perasaan  yang takde life sangat tu, Padahal sempat jek hoye-hoye ngn kengkawan. Maybe hoyeh secara express kut tu yang tak feel sangat. Hihihih.

Adoiii agak berserabut benda nak buat yang berkaitan keje. Bila tgh buat keje yang ni tingat pula keje yang satu lagi. Saya rasa memang skang saya tengah stress. Huhuhuhu kesannya nampak secara fizikal hokey. So scaryyyy. Muka naik jerawat..badan letih..peod lambat..cakap merapu ketika bebual (hahahah! nmpk sgt tekanan). Ingatkan main NinJump lagi tekanan. Eh! :)

Okeyla..selalu kalau saya tekaan-tekanan saya memang suka khatam gambar-gambar saya bersama somi. Tak kira la gambar jaman batu ke gambar jaman skrg ke... janji menatap. Hilang skit stress.

Ni gambar-gambar masa hari birthday saya. Time tengah sarapan, encik somi suh bukak hadiah (ker memang aku yg nak bukak?? hhohoho bingung suda) yang dia kasik sebelum kuar rumah. Seriussss...gua adalah sangat blur tak tau apakah hadiah yang dia kasik. Saya just teka...mug..er..maybe frame gamba..tpi kuat nak teka mug juga. Hahahahah ntah apesal asik nk teka mug. Huhuhuh saya takut letak expectation yg tinggi macam nak teka abg bagi emas ke..bagi hengpong ke..kang kuciwa... hihihihi


Homaaaaiigod!..saya dapat hengpong leeee. I loikkke. Dapat hengpong Samsung. Hihihi, bagus ah, sebelum tak penah ada hengpong brand Samsung. Kalau Apple, I oredy got Ipad..kalau Blackberry,  I used to have BB Curve ke hape ntah..lupa suda..koz gua suda jualll. So skang Samsung tengah naik, tak dapat Galaxy Note..dapat Galaxy Y pon saya sangat excited. Thank encik somi.

Hikhikhik...bergenang ohkey airmata..

Woaaahhh!...nanti July encik somi besday pening le nak kasik apa. Dah la last year punya besday gift pn still berhutang ngn dia. Hahahha!..abis caner...bila tanya nak ape..laju je cakap nak lens camera. Omak aihhhhh celah mana nak cekau duit. Hihihi.. taun ni kasik tripod aje la. Bole? 





Saya suka sebab cover belakang bole tukar-tukar warna..kejap pink..kejap putih..kejap lagi oren..itam..silver...ikut baju la. Hihihi

Hepi!!! Luv u somi.


Cheers,
Amysue




Sunday, May 6, 2012

Berhoyeh Secara Express @ 1Borneo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tadi pagi (Sabtu)..saya ngan memember sangat rajin kerna telah menghadirkan diri ke ofis. Hihihi...rajin sangggggaaatt kan?? hiks! takdelah...sebab settle kan bende2 untuk final exam student this Tuesday.

Dalam kul 2 petang cenggitu, kitorang pun gerak ke 1Borneo untuk sesi penjimbaan..hihihi! sebenarnya memang dah plan baaaek punya nk gi mam Tutti Frutti ngan bebudak ni. Sebab tu la tetiba rajin kan nak pegi 1B. Kalau ikut ati malas gak nak pegi jejauh sampai ke 1B. Namun oleh kerna buat masa ni Tutti Frutti tu hanya ada kat 1B..maka gigihlah jugak nak pegi. Satgi, Tutti Frutti dah bukak dekat Luyang, okey skit...dekat lah juga.

Oleh kerana masa pegi ke 1B pun dah kul 2ptg..memang lunch pun belom lagi. Lapar tahap gaban..maka kami melayan makan nasik dulu...huha huha gelak-gelak dulu...pas kenyang jalan-jalan dulu sambil kepala harus fokus...'jalan-jalan sahaja! untuk turunkan nasik kat perut..no shopping!..tujuan utama cuma nak makan Tuttu Frutti'..fokus...fokus...fokus...

Baiklah..kami si wanita-wanita ni memang sangaaaaat fokussss....hihihihi tapi sempat fokus dalam seploh menet je. Bila lalu PDI...nampak perkataan puaka SALE itu memenuhi ruang kedai...nampak plak orang macam semut....Huaaa! tiba-tiba kami-kami yang wanita ini terus macam dah nak meroyan... Woooooaaaah!!!! SALE laaaa.


Terus meluru masuk kedai tanpa pedulikan member lelaki kami yang seorang tu. Hahahha! dia dah jerit-jerit kat belakang..
'Weiiiiiii...fokus la...fokus.....'
'Ahhhhhh! persetankan fokus itu'... hahahhahaha! lantak la fokus ke hape ke...ada apa dengan fokus???? huhuhuhuhu

Lama gile weiiii kami kat dalam kedai tu. Member lelaki kitorang tu dah bosan-bosan tunggu kat luar. Hihihihi..sian kat dia. Dengan itu, kuar dari PDI..saya merembat dua pasang flat shoes. Murah jek RM38 je untuk kedua-dua kasut tu. hihihi

Boleh tak saiz kasut aku untuk Vincci ni 3.5???? hahaha..selalu pakai saiz 4.

Close up..suka kaler mustard ni..juga katun-katun yang kat kasut putih tu..

Okey la..okeyla...oleh kerana member dah buat muka kebosanan, terus laju-laju pegi Tutti Frutti..Bila dapat makan je rasa macam hilang terus masalah..ringan jek kepala. Hohohoo! over kan?

Saya punye...ntah hape-hape jela topping yg ku letak itu. Amik buah sikiiiiiiit je. Takut berat.

Muka puas hati dapat makan TF. Baeklaaaah!

Hik!hik!...muka ku disitu nampak suci gile. Padahal kalau gelak siap terkeluar suara lelaki. Hahaha!

Another version of 'Muka Suci' :)

Okeh..lepas dah layan TF sambil bergossip...terus menerjah ke Etude House. Pun amik masa yang agak lama duk dalam ni. Macam semua benda kami nak belek. Yang saya ni siap dah try mekap satu muka. Hihihihih! touch up free yaw!!!!...Abis semua tester aku bantai. Haha!

Tengah try lipbalm..suke gila ngan lip balm dia..tapiiiiiiii...nanti la baru beli.

Dah try lip balm..try pulak eye liner..try eye shadow..blusher..mascara..bedak...hohoohoho!


Last-last saya beli mask 5 ketul ngan harga RM15. Hihihi 2,3 menjak ni saya macam gila sikit ngan mask begini. Hampir tetiap minggu beli. Macam dah gian kot. Kalau ikut rasa ati ni..memang nak pakai ari-ari je. Sebab segar betul rasanya bila pakai mask cenggini. Saya sukakkk!!! dan yang penting semua mask sebelum ni memang stok nak Made in Korea je. Hohoho! motip???? saya kan minat k-pop. Eh?! hahaha.

Lepas dah puas ati tawaf satu Etude House tu..maka kami pun balik lah..yelah..ari pun dah gelap. Sila la balik. Kalau tak..memang ntah apa-apa jela yang 'ter'beli nanti. Tu pun floor-floor lain tak naik tu.


Cheers,
Amysue

Thursday, May 3, 2012

Official Video: Majlis Perkahwinan Dayang & Jamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hihihihi sebenarnya nak upload video kawin ni next week..sempena dah setengah taun kawin. Tapi daku adalah sangat tak menyempat nak upload. Malas nak tunggu..bukannye kau retis pun kan nak tunggu masa sesuai lah hape la. Hihihihi sesungguhnya daku cuma insan biasa.

Maka layanlah official video kami ini...dah berbulan saya terima video ni..tapi hampir setiap hari saya tengok sambil rasa sedih terharu sebak semua. Huhuhuh..kawin jugekkk aku akhirnya.

 


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...