Sunday, May 6, 2012

Berhoyeh Secara Express @ 1Borneo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tadi pagi (Sabtu)..saya ngan memember sangat rajin kerna telah menghadirkan diri ke ofis. Hihihi...rajin sangggggaaatt kan?? hiks! takdelah...sebab settle kan bende2 untuk final exam student this Tuesday.

Dalam kul 2 petang cenggitu, kitorang pun gerak ke 1Borneo untuk sesi penjimbaan..hihihi! sebenarnya memang dah plan baaaek punya nk gi mam Tutti Frutti ngan bebudak ni. Sebab tu la tetiba rajin kan nak pegi 1B. Kalau ikut ati malas gak nak pegi jejauh sampai ke 1B. Namun oleh kerna buat masa ni Tutti Frutti tu hanya ada kat 1B..maka gigihlah jugak nak pegi. Satgi, Tutti Frutti dah bukak dekat Luyang, okey skit...dekat lah juga.

Oleh kerana masa pegi ke 1B pun dah kul 2ptg..memang lunch pun belom lagi. Lapar tahap gaban..maka kami melayan makan nasik dulu...huha huha gelak-gelak dulu...pas kenyang jalan-jalan dulu sambil kepala harus fokus...'jalan-jalan sahaja! untuk turunkan nasik kat perut..no shopping!..tujuan utama cuma nak makan Tuttu Frutti'..fokus...fokus...fokus...

Baiklah..kami si wanita-wanita ni memang sangaaaaat fokussss....hihihihi tapi sempat fokus dalam seploh menet je. Bila lalu PDI...nampak perkataan puaka SALE itu memenuhi ruang kedai...nampak plak orang macam semut....Huaaa! tiba-tiba kami-kami yang wanita ini terus macam dah nak meroyan... Woooooaaaah!!!! SALE laaaa.


Terus meluru masuk kedai tanpa pedulikan member lelaki kami yang seorang tu. Hahahha! dia dah jerit-jerit kat belakang..
'Weiiiiiii...fokus la...fokus.....'
'Ahhhhhh! persetankan fokus itu'... hahahhahaha! lantak la fokus ke hape ke...ada apa dengan fokus???? huhuhuhuhu

Lama gile weiiii kami kat dalam kedai tu. Member lelaki kitorang tu dah bosan-bosan tunggu kat luar. Hihihihi..sian kat dia. Dengan itu, kuar dari PDI..saya merembat dua pasang flat shoes. Murah jek RM38 je untuk kedua-dua kasut tu. hihihi

Boleh tak saiz kasut aku untuk Vincci ni 3.5???? hahaha..selalu pakai saiz 4.

Close up..suka kaler mustard ni..juga katun-katun yang kat kasut putih tu..

Okey la..okeyla...oleh kerana member dah buat muka kebosanan, terus laju-laju pegi Tutti Frutti..Bila dapat makan je rasa macam hilang terus masalah..ringan jek kepala. Hohohoo! over kan?

Saya punye...ntah hape-hape jela topping yg ku letak itu. Amik buah sikiiiiiiit je. Takut berat.

Muka puas hati dapat makan TF. Baeklaaaah!

Hik!hik!...muka ku disitu nampak suci gile. Padahal kalau gelak siap terkeluar suara lelaki. Hahaha!

Another version of 'Muka Suci' :)

Okeh..lepas dah layan TF sambil bergossip...terus menerjah ke Etude House. Pun amik masa yang agak lama duk dalam ni. Macam semua benda kami nak belek. Yang saya ni siap dah try mekap satu muka. Hihihihih! touch up free yaw!!!!...Abis semua tester aku bantai. Haha!

Tengah try lipbalm..suke gila ngan lip balm dia..tapiiiiiiii...nanti la baru beli.

Dah try lip balm..try pulak eye liner..try eye shadow..blusher..mascara..bedak...hohoohoho!


Last-last saya beli mask 5 ketul ngan harga RM15. Hihihi 2,3 menjak ni saya macam gila sikit ngan mask begini. Hampir tetiap minggu beli. Macam dah gian kot. Kalau ikut rasa ati ni..memang nak pakai ari-ari je. Sebab segar betul rasanya bila pakai mask cenggini. Saya sukakkk!!! dan yang penting semua mask sebelum ni memang stok nak Made in Korea je. Hohoho! motip???? saya kan minat k-pop. Eh?! hahaha.

Lepas dah puas ati tawaf satu Etude House tu..maka kami pun balik lah..yelah..ari pun dah gelap. Sila la balik. Kalau tak..memang ntah apa-apa jela yang 'ter'beli nanti. Tu pun floor-floor lain tak naik tu.


Cheers,
Amysue

1 comment:

zOeY zAu YaH said...

ppuan mmg tk thn kalau nmpak perkataan SALE haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...