Monday, May 21, 2012

Kundasang: Canopy @ Poring Hotspring

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hihihi ari ni nak sambung citer pasal kitorang kat Kundasang tu. Hiks!..memang berkurun gila nak sambung selepas cerita Kundasang Day 1 tu. Ayarkkk! kan saya bizi tak sudah-sudah. So, skang nak citer pasal 2nd day..kat Poring Hotspring.

Bukan nak citer pasal mandi air panas kat sana... tu dah memang kompem la kan mandi. Hihihih tapi saya tak..malas..leceh la kalau pompuan mandi..nak tukar tu nak tukar ni...nak tanggal mekap..nak pakai mekap...so, encik somi aje la yang mandi.

Pas selesai encik somi berenang-berenang dalam kolah mandi yang tak berapa nak besar tu, kitorang pun pegi la nak naik Kanopi. Hihihihi saya SANGAT excited ohkey...sebab....hihih sepanjang hidup dah 3o taun ni..tak penah naik. Mau tak excited.


Tiket masuk kitorang dah beli siap-siap kat kaunter. Nak naik ni kena bayar RM3 seorang. Pastu kalau bawak kamera kena pulak RM5. Aiyarkk! fee camera lagi mahal dari orangnye. Hheheh..


Okeh memula masuk saya memang excited habis. Hahahha! sekali bila dah start mendaki......mendaki....pastu tak sampai-sampai jugak ke jambatannya...saya dah start merungut pok pek pok pek...asik cakap ' bila nak sampai ni...' 'bila nak sampai ni...' uwaaaa! lutut ni macam dah nak tercabut sebab asik mendaki dan terus mendaki.


 Encik somi adalah sangat gagah perkasa mendaki.. laju je meninggalkan daku..maintain bertenaga sampai ke atas..

 hihihihi bibir sudah pucat2..sebab penat..peluh jantan sudah keluar. Hahah

 Laluan untuk sampai ke jambatan. Berbatu-batu..sampai terkeluar besi dari tapak kasut saya. Hohoho!

 Aiyarkk!!! penat..

Muka yang memula senyum makin kendur.. huhuhuu muka masam dah..peluh dah menjejeh-jejeh dah keluar. Pergh!!!! kalau saya tahu kena mendaki sebegini tinggi memang saya tak akan pegi la. Ingat daki sikit2 je. Sib baik tak pakai heels. Kalau tak? manangis kau dik..menangisss.

 Bila nak sampai niiiiihhh!

Ye...akhirnya saya menangis sebab penat gile. Hahahahha! saya mendaki sambil menangis sambil pot pet pot pet...bila langsung dah tak bleh nak mendaki..encek suami pegang tangan tarik gak supaya daki lagi. Huhuhuhuhuhu! ikut ati memang nak turun je balik. Tapi oleh kerana dah half way..maka daki aje lah dengan air mata bercucuran. Hihihihi lawak betul.

Jumpa je pondok terus duduk rehat. Gila, sampai peluh dingin yang keluar. Camne la tak pancit..tak pernah bersenam ke jogging ke tetiba nak mendaki. Adoiiii aku insan yang lemah. Masa ngah duduk  rehat tu, tak jauh dah lagi ngan jambatan. Dah dapat dengar orang jerit-jerit. Over tau! berhabis pulak tu dorang menjerit. Ni mesti kes jambatan kena goyang ni.

 Yeah!...inilah laluan kanopi tuh

Akhirnya dapat gak naik. Yahoo!!!!!!!! saya paling suka bila dah naik kat kanopi tu. Syok gile! Hihihihihi ni baru best. Hurm, skang saya dah tahu..saya bukan seorang yang gayat. Sebab saya seronok gila kat atas tu. Encik asben kantoi seorang yang gayat. Hihihihih senyap jek lalu jambatan. Saya suh posing pn tak mau. Hahahah! 

 Best kot!


Owh ye naik kanopi ni tak leh lebih dari 6 orang sekali jalan. So kena tunggu turn la. EEEeee..seingat saya macam ada 6 jambatan yang kene lalu...dan saya tak puassss. Bila dah sampai ke pokok yang terakhir rasa macam nak lalu sekali lagi. Tapi memang tak boleh la. :)

Okehla..akhirnya dah naik kanopi. Masa turun tu cepat jek. Pas dari kanopi tu kitorang pun menuju ke Kundasang semula. Nak ke Dairy Farm...yang sangat di kenali sebagai New Zealand Malaysia tuh. hihihi...next entry la ye.



Cheers,
Amysue

2 comments:

Misya Mialen said...

hahahaha.lucu ku bah mi bila ko smpi nangis2 dpt ku fhm tu perasaan ko. mmg sengsara tu naik. ada jg kami naik p sana dulu;)aku dlu nangis sbb lama betul dlm feri mo smpi labuan. aku pening mo muntah2 sdh.hahaha

N.Aima K said...

last aku naik ms prgnnt c daniel..itu sblm aku tau org prgnnt nda boleh buat aktiviti lasak hu hu hu.. dia punya pergerakan jantung double pumping sbb ada dua jantung kali dlm badan..hu hu hu balik rumah kena sound oleh mama hu hu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...