Monday, June 18, 2012

Kundasang: Dairy Farm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Omakaiiihhh..tak hagak2 saya abaikan belog ni..hihhi..kali ni bukan sebab malas..tapi sebab kesibukan yang berganda..siap tensen2 bagai. Huhuhu...

Ni pun sebenarnya tengah bz..tapi saje la nyelit update belog..dalam keadaan lapar pulak tu. Lapar saya di saat ni memang ntah saya pun tak paham..lepas makan lapar lagi..pas makan lapar lagi. Minggu lepas lagi teruk...sepanjang masa bekerja 8 jam tu keje aku asik ngunyah jek. Sambil menaip sambil ngunyah.Tapi badan tang tu gak. Hohoho..dasat betul tekanan asik nak makan jek.

Bila la agaknya hutang nak menghapdet cerita Kundasang nih nak abis. Jemaat ni nak pegi Langkawi dah...yang Kundasang pun tak settle lagi. Hihihih. Okeh, ni kira part last la kat Kundasang.

Last day, selepas bercucuran airmata mendaki nak ke Kanopi tu, kami pegi pulak Dairy Farm. Ala..yang de lembu itam putih macam kat New Zealand tu. Tapi kitorang pegi dah petang.Dalam kul 3 camtu. Lembu2 pun takde dah berkeliaran. Semua tengah beratus nak kene perah susu.

Sesape pegi sini memang wajib owh bergambar dekat batu ni. Sangat artistik walaupun cuma just spray kaler putih je kat atas batu tu.

Hihihi tapi memang ramai gile la nak amik moment kat batu ni. Siap tunggu2 turn..ni pun dah crop dah badan-badan manusia yang tak dikenali. 

Encik suami

Hiihihihi...hirup udara segar sangat...berjalan kaki ke tempat proses susu. Kete letak kat luar je. Malas nak bawak masuk.



Owh...kat tempat perah susu baru nampak lembu2 tu.

Elok je lembu2 ni bekumpul satu tempat sambil menunggu turn untuk diperah susu. Good2...sangat berdisiplin. Hihihi

Kat area ni pun ramai amik peluang untuk amik gambar. Yelah, kat sini je boleh nampak lembu..kalau bukan time perah susu boleh la nampak lembu2 tu besepah disetiap sudut.

Huhuhu walaupun busuk..tetap hepi ambik gambar berlatarbelakangkan lembu.


Hahahaha ape hal ntah gambar stail cenggini.

Si encik somi langsung takde feel. Owang suh buat2 hirup udara segar..dia macam nk terbang...

Lembu tengah beratur sambil di pam susunya..SUSUNYA?? hohohoho x best langsung ayat.

Habis semua batu-batu yang ada kitorang panjat..

Hihihihi i loike this pic. Somelll. :P

Hikhikhik...encek somi over sampai meniarap2 atas batu. Pastu kelam kabut bangun n pegi pada tripod. Takut tripod tumbang je..angin plak sepoi2 bahasa..


Bayaran masuk untuk ke Dairy farm ni RM3 untuk dewasa. Err..kanak-kanak tak tahu lak. Hihihi..owh ye, kat tempat pemprosesan susu ni ade gak di jual susu segar dan cenderamata yang lain. Paling penting!...udara dan view kat sini memang syok giler!

Next!..Langkawi...tunggu kedatangan kami ya!


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...