Thursday, November 29, 2012

Penang Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hahahha..eh tetiba kan nak ketawa. Hiks! bukan pe..ari ni saya macam nak up cerita percutian ke Penang. Tapi masalahnye..cerita pegi Langkawi ari tu pun tak up lagi. Huhuh! aduh sesungguhnya daku malas betul nak mengarang cerita ke Langkawi tu tapi memandangkan nak simpan juga kat belog sebagai kenangan..so terpaksa la slow2 karang.

Apapun..ari ni redah je masuk cerita Penang. Saya dengan encik somi ke Penang pada 26-28 Oktober yang lepas. 27 Oktober tu stay Shah Alam dulu then baru fly ke Penang. Takdelah direct naik flight sampai 2x sehari macam pegi Langkawi ari ru. Huh! penat gila 2x naik flight dlm 1 ari.

kat penang kitorang stay kat Good Hope hotel. Heheh sesungguhnya percutian kali ni saya langsung tak sibuk2 nak tempah itu ini atau sibuk2 servay tempat. Semua suruh encik somi aje yang uruskan. Tempah hotel pun dia..tempah kete pun dia..plan nak gi mane semua dia buat. Beza dengan masa bercuti ke Langkawi ari tu. Dari book hotel saaaaaaaampai tentative program saya yang buat. Kali ni aku malas. Hahahahah! penangan mengandung gini lah..suka2 hati je nak malas.

Owh..kami decide travel pakai kete sewa. Senang dan bebas ke sana ke mari. Huhuhuh tapi sesungguhnya rate kete sewa di Penang amat tidak sama dengan Langkawi. Kitorang amik yang dekat airport je.. tapi tidaklah semeriah macam kat Langkawi..semua akak2 and abg kat kaunter kete sewa jerit2 nak bagi sewa kete dorang. So opkos la rate murah.

Hihihi tapi bila kat Penang..senyap je kaunter kete sewa ni. Nak tanye pun takut. Hhohoho..so at last kitorang sewa kete Viva juga. Actually saya memang suka pakai kete Viva sebab jimat minyak uolls. Minyak yang kami pakai selama 3 hari 2 mlm hanya RM50 je..tu pun tak abis. Masa kat Langkawi lagilah..pakai RM30-RM40 untuk 4 hari 3 malam. Sebab tu kete saya pun Viva juga. Eh! *Duta Viva ke ape nih?*

So kete sewa yang kami dapat untuk Penang adalah RM120 sehari. Tsk!...tutup mata je la. Langkawi ari tu plak RM60 sehari..Memang heaven la klu dapat RM60.

Maka kami mengembara la sekitar Penang dengan dengan berpandukan google map sajork. Tabah betul saya baca peta. Ingatkan senang macam kat Langkawi..ambik kau..berbelit-belit..masuk town lagilaaaaaaaa..saya rasa duduk sana 3 hari memang ting tong otak nak hafal jalan. Nak balik hotel memang tak pernahnya takde tragedi sesat atau ulang jalan yang sama sampai tigebelas kali.

Jalannya takdela complicated cuma yelah kan bukan tempat kita pastu ko expect nak master jalan tu dalam masa 3 ari memang tak lah. Hihihi pastu bila memandu di sana haruslah memula terasa diri ini dibuli ngan orang Penang..hahahah dah hari ketiga kami pun dah terer cilok2 suke2 hati. Kata plat kete Penang kan?..hahaha..siap angkat2 kening lagi kat pemandu lain. Paling tak menahan siap kene tahan polis lagi..kwang-kwang..

Tapi tahap ketensenan saya membaca peta dan memaham jalan kat sana boleh sampai tahap saya terbawak-bawak dalam mimpi. Boleh plak saya sambung usaha membaca peta kat dalam mimpi..hahahah bengong. Dah pagi petang siang malam asik ngadap peta maunya tak terbawak-bawak dalam mimpi.

Walaupun tensen tapi saya ngan somi memang nak pegi Penang lagi..sebab kitorang tak abis lagi khatam makanan2 kat sana. Seriussss...banyak lagi makanan Penang yang saya tak sempat nak makan. Sebab tu insyaAllah akan ada lagi trip to Penang akan datang. Hehehhe harap2 murah rejeki dan panjang umur. Amin.

Heeee ni nak citer pasal tu je..nanti saya cerita tempat-tempat yang saya pegi. Uhuuhu takde gambar kali ni sebab bila tgk2 album takde gambar berkaitan entri ni.Next entry tempat2 yang di lawati banyaklah amik gambar. Tapi sebenarnya memang saya kurang bergambar sejak mengandung ni..i mean..tak berapa nak teruja macam sebelum mengandung. Nak pegang kamera pun takde napsu. Huhuhuh


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...