Wednesday, April 24, 2013

Cerita Trimester Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hihihi ini adalah cerita jamn batu. Terperap dalam draft. So kita up aje la yeh entry ni. Untuk kenang2an saya di hari mendatang. Wah! hari mendatang gitu. huhuh!

**************************************************************************
Pejam celik, pejam celik dah nak beranak. Hihihi takdelah kejap lagi..tapi insyaAllah bulan depan dh cukup minggu. Aiseh..tak tau nak apa perasaan sekarang ni..heheh perasaan nervous..takuiiittt..hepi..semua ada! Anyway..harap2 segalanya di permudahkan. Aminnn..

So..seperti biasa..bila dah lepas satu-satu trismester tu barulah saya berani update dekat belog. Lain orang lain caranya.. ye dak? ada yang suka terus nak update week by week..ada yg hari-hari nak update pasal pregnancy..heheh it's up to u..terpulang mana yang selesa. Kalau saya, ticker pun saya tak letak..mmang dari zaman batu dulu liat bebenor nak bermain2 dengan ticker semua nih. Sebab saya selesa begitu.

Kalau trimester pertama dulu bercuti ke Langkawi..trimester ke2 ni sempat gak lah bercuti ke Penang (hahahah! cerita Penang aku tu dah berkurun tak sambung2 lagi..ihik!). Alhamdulillah masa trimster kedua pun takde masalah sangat. Cuma ya Allah kenapakah selera makan ku begitu bermaharajalela. Hihihi..tp alhamdulillah setakat entry ni ditaip saya cuma naik 10kg..gagagagga! at least kan belum lagi berbelas2 kilo. Sekali pandang memang takde nampak sangat pun badan saya naik.

Perut masa kandungan 5 bulan. Hihihih kecik je kan? ni time kat penang ni. Mase gi penang yakin je packing suar jeans. Sekali bila nak pakai tak bole nak button rupenya. Hahahah! bole ek masi x sedar diri. Tapi saya masih mampu pakai seluar slack (yang button punya 
bukan yang getah ye) gi keje.

Yang kat atas ni masa kandungan dah masuk 6 bulan. Baru lah nampak betul cam orang pegnen. masa ni saya memang dah tak koser nak pakai suar. memang bermaxi atau berskirt je sepanjang zaman. Hihihi.

So macam biasa kita ringkaskan aje ceritanya..

* Saya dah tak makan dah benda-benda masam macam mangga muda ke apa. Lebih suka makan jambu batu after meal.

* Saya sukakan buah-buahan. macam heaven betul kalau dapat makan. Kene plak ngan musim buah kan ujung taun ari tu. Tapi tu la..tang durian kene makan dengan control. Uwaaa!!! sedih. Tapi takpelah..kang kesian plak baby kepanasan duk dalam tu.

* Saya dah boleh minum air putih. Yeay!!! kan masa trimster pertama dulu air putih adalah susah nak masuk tekak saya. yaiksss! lain bebenor rasanya. Tapi sekarang, ya Allah sedap betul rasanya kalau dapat teguk air putih. Nyum! nyum!

* Saya tetiba jadi gila makan aiskrim..wuwuwuwu which is not good okey!.. tapi memang kalau keluar tak sah kalau tak makan eskrim 2,3 kali. heheheh tapi belum sampai tahap kat peti ais kene ada aiskrim. Dulu sebelum pregnant, saya bukanlah penggemar aiskrim. Makan sundae mcd tu pun nak menangiss bagi habis. Tapi skrg...tak sampai beberapa menet aiskrim tu dh licin saya kejekan. Hehehe..

*Sihat selalu...maksudnya langsung takde rasa pening ke..loya ke..macam biase je. Cargas je gi keje. Tapi sepanjang mengandung..ada la sekali saya kene demam. Kejap je..pas makan ubat yg doc kasik terus sihat. Alhamdulillah sangat2 diberi kesihatan yang sangat baik sepanjang tempoh mengandung ni.

*Owh! masa kandungan 6 bulan baby berkesempatan join shooting video clip. hehehhehe! untuk event annual dinner kolej. Gagagaga! aku pedulik ape kan..boyot tak boyot..rilek je menari. Heheheh..kelas kau nak! umur 6 bln dlm perut dh merasa shooting. Huhuhu

Annual Dinner kolej

* Saya gila makan kek batik yang di buat sendiri. Yes! yang dibuat sendiri..takmo makan kek batik yang lain. Sebenarnya dalam tempoh mengandung ni kan banyak je masakan2 sendiri yang saya teringin nak makan..nk makan mee hoon masakan sendiri la..lauk pauk yang lain pun. Heheheh tapi sayang masa ngandung berganda2 tahap kemalasan saya nk memasak. Hihihi.

* Hepi bila bersiap ke opis. Hahahah! cam tak pecaya je hepi bila nak ke opis. Bukan pe..ianya lebih kepada hepi sebab kena pakai mekap. Saya hepi bila bersolek..tapi tak bermakna saya kena bersolek tebal.. tak! saya cuma hepi je. Mekapnye sama je sebelum ngandung ngan tak ngandung. kadang-kadang tak sabar nak tunggu pagi sebab nak bermekap. hahahahah! pelik sangat. Bezanya dulu mekap tanpa ada perasaan..skrg mekap dengan penuh gumbira. hihihi tu je pun.

* Saya start pakai tudung syria..tapi yang xde awning..awning saya pakai inner cotton. Hikhikhik! comel!..i rasa i comel macam irma hasmie. Ngahahahah! matiklah perasan irma hasmie.

* Bila dh pakai tudung syria..saya dah malas nk berbelit2 dgn shawl..sebab dh set kat mata dan kepala hotak pakai syria comel macam irma. hahahah! tak abis2 comel macam irma.

Hehehe..rasanya itu je kut yang saya dapat highlightkan.. sat gi kita sambung trimester tiga lak.. heheh tapi x tau la bila. hahahah!

Cheers,
Amysue


Friday, April 19, 2013

Petua untuk turunkan 'kuning' baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah masuk 2 minggu saya masuk keja dan tinggalkan Qaireen kat umah ngan mak..perghh! first day memang bergenang jugaklah airmata nak pi keja pepagi tu..balik malam lak menjejeh2 airmata sebab badan saya letih sgt drive dan mengharung jem pastu sampai umah..Qaireen mengamuk sakan taknak berenti nangis. letih yang amat..tapi alhamdulilah..selepas ari pertama tu..Qaireen makin bole terima kenyataan yang emaknye gi keje..yang dia tahu kul 7.30 ptg msti maknye dah dukung dan bf dia.. hihihihihi penah sampai umah kul 8mlm..tgk2 Qaireen dah melalak nangis taknak berenti. Hahahahahah! lambat sikit je pun sayang.

Ari ni saya terpanggil pulak nak share tips/petua untuk baby yang kene jaundis..atau bahasa kita2 ni dipanggil kuning. Maybe petua ni dapat membantu untuk mencegah atau mengawal kuning baby.

Petua pertama:
Mandikan baby dengan jus peria.
Heheheh yang ni dapat daripada nurse kat Rafflesia tempat saya beranak tu. Saya syak mandian pertama anak saya adalah pakai air peria tu..sebab dah perasan bau tu masa ari pertama lagi. Maybe semua baby kat rafflesia dimandikan dengan air tu. Sebelum nak balik tu sempat lagi nurse tu pesan..kalau nak cegah kuning..rajin2 mandikan baby dengan air peria. Nurse siap tunjuk cemana nak sediakan air peria tu.

Sebiji peria tu kena belah dua..buang semua biji and peria tu kita blend la..campur ngan air. Kisaran satu biji peria tu campur ngan air and letak dalam botol mineral yang 1.5 liter tu. So satu botol air meneral tu kira boleh buat 3 kali mandian.

Untuk sekali mandian tuang la air peria tu n campur air panas bagi dia suam2. Takpe kalau ada hampas2 peria..biar je. Mandi baby dengan air tu je.. tak payah sabun ke apa.. wangi tau bila kita dah sapu losyen kat baby.. hihihihi saya sukaaa.

Kalau boleh biarlah jadi mandian pertama c baby. InsyaAllah berkesan untuk cegah baby dari dapat kuning. Saya mandikan baby ni dalam seminggu..tetiap ari..kalau dah rasa baby dah bebas dari kuning..maybe bole la berenti.

Petua kedua:
Susu Kambing
Ni memang biase la kan kita dengar..cuma nak bagitau juga supaya tak tersilap bagi susu. Kalau uolls bagi susu kambing yang powder punya tu..agak lambat la berkesan..huhuhu dah tu mahal lak tu. Mak saya memang bagi susu fresh dekat cucu2 dia yang kene kuning. So dapatkanlah susu kambing yang fresh..ade je kena jual kat supermarket. Kalau kat KK ni selalu ada dekat Servay Likas..tak silap satu botol dalam RM6++..hihih tak ingat.

Pastu kalau nk bagi minum bukan le pakai sudu ke apa..pastu bagi minum sesudu dua je..memang la tak jalan. Panaskan susu (buat macam panaskan EBM)..and masuk dalam botol susu..ikutla..kalau anak uols minum susu 2oz..2 oz jugaklah uols bagi susu kambing tu. Memang la terasa macam sedihkan..sebab baby kene minum susu kambing..tapi nak buat cemana..Saya lagi sedih tengok baby kene jarum ambik darah berulang kali. Bagi la minum dalam beberapa sessi..insyaAllah adalah turun kuning tu.

//update//
Petua ketiga
Air cincau
Owh baru teringat ada satu lagi yang saya amalkan iaitu minum cincau susu semasa mengandung. Saya takdelah kerap sangat pun minum..tapi kalau teringat saya minum gak lah. Dah bersalin, mak ada bagi baby minum air cincau ni. Eh! bukan air cincau yang macam kita selalu minum tu ye. Emmm cemana nak bagitau ek..kan kalau kita beli cincau yang dalam tin tu (kat sabah kitorang panggil bende tu leong fun) dia ada macam basah2 berair kan..haaa air2 tu la kita amik and bagi minum baby. Macam biasa saya letak kat botol gak. Tapi tak dapat banyak la..ade la dalam 1oz gitu. Saya sempat bagi minum sekali je. Ni ntah mak dapat petua dari kawan dia.

So..setakat ni.. itu lah petua2  yang saya rasa berkesan. As for my baby..ari pertama dh mandi peria. So masa ari ke 3..nurse datang umah..cam biasa la dia suh gak amik darah untuk cek ada kuning ke tak. So ari ke 5 pegi ambik darah. Bacaan kuning baby 87..bacaan normal adalah 85. Hihihi adalah siiiiiiiiiikit tu kuning. Sebab terlebih 2. 

Oleh kerana saya risau kuning baby meningkat (bukan pe..sedihnye tgk baby kene cucuk jarum)..saya mintak mak belikan susu kambing tu. Sempat la bagi minum dalam 2 sesi campur ngan mandia peria tu. So hari ke 7 gi cek..alhamdulillah..sah! bebas dari kuning. Bacaan kuning tinggal 53 je. Heheheh! seee..berkesan.

Selamat mencuba! 

Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...