Friday, April 19, 2013

Petua untuk turunkan 'kuning' baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah masuk 2 minggu saya masuk keja dan tinggalkan Qaireen kat umah ngan mak..perghh! first day memang bergenang jugaklah airmata nak pi keja pepagi tu..balik malam lak menjejeh2 airmata sebab badan saya letih sgt drive dan mengharung jem pastu sampai umah..Qaireen mengamuk sakan taknak berenti nangis. letih yang amat..tapi alhamdulilah..selepas ari pertama tu..Qaireen makin bole terima kenyataan yang emaknye gi keje..yang dia tahu kul 7.30 ptg msti maknye dah dukung dan bf dia.. hihihihihi penah sampai umah kul 8mlm..tgk2 Qaireen dah melalak nangis taknak berenti. Hahahahahah! lambat sikit je pun sayang.

Ari ni saya terpanggil pulak nak share tips/petua untuk baby yang kene jaundis..atau bahasa kita2 ni dipanggil kuning. Maybe petua ni dapat membantu untuk mencegah atau mengawal kuning baby.

Petua pertama:
Mandikan baby dengan jus peria.
Heheheh yang ni dapat daripada nurse kat Rafflesia tempat saya beranak tu. Saya syak mandian pertama anak saya adalah pakai air peria tu..sebab dah perasan bau tu masa ari pertama lagi. Maybe semua baby kat rafflesia dimandikan dengan air tu. Sebelum nak balik tu sempat lagi nurse tu pesan..kalau nak cegah kuning..rajin2 mandikan baby dengan air peria. Nurse siap tunjuk cemana nak sediakan air peria tu.

Sebiji peria tu kena belah dua..buang semua biji and peria tu kita blend la..campur ngan air. Kisaran satu biji peria tu campur ngan air and letak dalam botol mineral yang 1.5 liter tu. So satu botol air meneral tu kira boleh buat 3 kali mandian.

Untuk sekali mandian tuang la air peria tu n campur air panas bagi dia suam2. Takpe kalau ada hampas2 peria..biar je. Mandi baby dengan air tu je.. tak payah sabun ke apa.. wangi tau bila kita dah sapu losyen kat baby.. hihihihi saya sukaaa.

Kalau boleh biarlah jadi mandian pertama c baby. InsyaAllah berkesan untuk cegah baby dari dapat kuning. Saya mandikan baby ni dalam seminggu..tetiap ari..kalau dah rasa baby dah bebas dari kuning..maybe bole la berenti.

Petua kedua:
Susu Kambing
Ni memang biase la kan kita dengar..cuma nak bagitau juga supaya tak tersilap bagi susu. Kalau uolls bagi susu kambing yang powder punya tu..agak lambat la berkesan..huhuhu dah tu mahal lak tu. Mak saya memang bagi susu fresh dekat cucu2 dia yang kene kuning. So dapatkanlah susu kambing yang fresh..ade je kena jual kat supermarket. Kalau kat KK ni selalu ada dekat Servay Likas..tak silap satu botol dalam RM6++..hihih tak ingat.

Pastu kalau nk bagi minum bukan le pakai sudu ke apa..pastu bagi minum sesudu dua je..memang la tak jalan. Panaskan susu (buat macam panaskan EBM)..and masuk dalam botol susu..ikutla..kalau anak uols minum susu 2oz..2 oz jugaklah uols bagi susu kambing tu. Memang la terasa macam sedihkan..sebab baby kene minum susu kambing..tapi nak buat cemana..Saya lagi sedih tengok baby kene jarum ambik darah berulang kali. Bagi la minum dalam beberapa sessi..insyaAllah adalah turun kuning tu.

//update//
Petua ketiga
Air cincau
Owh baru teringat ada satu lagi yang saya amalkan iaitu minum cincau susu semasa mengandung. Saya takdelah kerap sangat pun minum..tapi kalau teringat saya minum gak lah. Dah bersalin, mak ada bagi baby minum air cincau ni. Eh! bukan air cincau yang macam kita selalu minum tu ye. Emmm cemana nak bagitau ek..kan kalau kita beli cincau yang dalam tin tu (kat sabah kitorang panggil bende tu leong fun) dia ada macam basah2 berair kan..haaa air2 tu la kita amik and bagi minum baby. Macam biasa saya letak kat botol gak. Tapi tak dapat banyak la..ade la dalam 1oz gitu. Saya sempat bagi minum sekali je. Ni ntah mak dapat petua dari kawan dia.

So..setakat ni.. itu lah petua2  yang saya rasa berkesan. As for my baby..ari pertama dh mandi peria. So masa ari ke 3..nurse datang umah..cam biasa la dia suh gak amik darah untuk cek ada kuning ke tak. So ari ke 5 pegi ambik darah. Bacaan kuning baby 87..bacaan normal adalah 85. Hihihi adalah siiiiiiiiiikit tu kuning. Sebab terlebih 2. 

Oleh kerana saya risau kuning baby meningkat (bukan pe..sedihnye tgk baby kene cucuk jarum)..saya mintak mak belikan susu kambing tu. Sempat la bagi minum dalam 2 sesi campur ngan mandia peria tu. So hari ke 7 gi cek..alhamdulillah..sah! bebas dari kuning. Bacaan kuning tinggal 53 je. Heheheh! seee..berkesan.

Selamat mencuba! 

Cheers,
Amysue

2 comments:

dya said...

insyallah akn dya cube petua ini tuk bby dya coming soon..tq akk !

Dayang_Amy said...

Ok..gud luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...